IQNA

Analisis; Akar cinta Ahlubayt Nabi Muhammad (SAW) di dunia

Persembahan budaya cinta Ahlulbayt Nabi (SAW) + Klip

23:30 - February 29, 2024
Berita ID: 3104006
IQNA - Kecintaan umat Islam kepada Ahlulbayt Nabi Muhammad (SAW) mempunyai akar sejarah lebih tua dari sejarah negara-negara kontemporari.

Kecintaan umat Islam kepada Ahlulbayt Nabi Muhammad (SAW) mempunyai akar sejarah lebih tua dari sejarah negara-negara kontemporari, berkemungkinan terjadi kesilapan pemikiran pemangku kuasa di banyak negara-negara yang bermayoriti muslim yang berdiri di dunia sekarang ini membandingkan kesetiaan dan cinta masyarakat atau warga negara terhadap Tuhan, Nabi dan kitab suci Agama Islamnya (Al-Quran) serta pengamalan ibadah keagamaan, persaudaraan dan persatuan umat Islam sebagai lawan kesetiaan terhadap negara dan pemerintahnya, ini menunjukkan bahawa pemerintahan itu bukan jelmaan dari masyarakat mayoriti muslim, sekalipun warganya bermayoriti muslim, dan ada kemungkinan berlaku tekanan dari luar yang mempunyai rasa tidak senang terhadap Islam dan umat Islam, tentu pemimpin muslim perlu bertindak tegas terhadap tekanan luar dan perlu lebih mempercayai kekuatan sokongan warga negaranya sendiri dalam pelbagai prospek kemajuan dan pembangunan negaranya.

Contoh konkrit kecintaan masyarakat muslim di seluruh dunia kepada Ahlulbayt Nabi Muhammad (SAW) telah menjadi tradisi dan budaya yang berakar umbi dan mendahului sejarah negara-negara mereka yang sepatutnya menjadi pengukuh kesatuan dan perpaduan umat Islam di manapun berada untuk terciptanya kekuatan yang tangguh melawan penindasan global, tetapi Islamofobia yang dilontarkan oleh kubu Pemusuh Islam dan muslimin yang berasal dari keangkuhan pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa di negara-negara kolonial seperti Amerika, Inggeris dan rejim zionis Israel, telah mendikte sebahagian dari pemimpin negara-negara bermayoriti muslim untuk berlaku seperti mereka menjajah rakyat sendiri untuk kepentingan kuasa jahat tuan penjajah, seperti yang sedang dibuat mereka atas rakyat muslim Palestin dan pemimpin-pemimpin negara-negara muslim malah tidak sungguh-sungguh memberi bantuan yang sebenar diperlukan untuk membantu kemerdekaan rakyat muslim Palestin dari kelakuan jenayah rejim zionis Israel penjajah dunia Islam, ini menunjukkan kebanyakkan pemimpin-pemimpin muslim yang menjadi pemerintah di atas negara-negara mayoriti muslimin sama ada sebagai anak patung yang diletakkan di atas umat Islam untuk menjaga kepentingan negara-negara kolonial itu, atau kerana nipisnya iman mereka terhadap kuasa rakyatnya sendiri dan kelemahan sistem politik yang mereka miliki sehingga tidak memiliki keberanian untuk melawan keangkuhan dan penindasan pemimpin-pemimpin kuasa global itu. Tetapi Rakyat muslimin Palestin telah bertahan berjuang dengan iman dan cinta kepada Al-Quran, Nabi dan Ahlulbaytnya (as) bertungkus-lumus melawan keangkuhan rejim kolonial global itu, sehingga saat ini, dan mendedahkan wajah asli rejim-rejim kolonial dan anak patung-anak patung mereka yang duduk menjadi pengetua negara-negara bekas jajahannya, bersekutu dalam pembunuhan beramai-ramai atas rakyat muslim Palestin, sama ada dengan berdiam diri atau hanya sekedar ucapan diplomasi, tentu semua akan dipersoalkan dihadapan Tuhan apabila manusia berlaku kemungkaran dan yang lain tidak mencuba mencegahnya, ini sudah menjadi hukum pasti ketuhanan atas makhlukNya yang bernama manusia.

Marilah kita sama-sama kirim keberkatan selawat dan salam kepada;
Lima orang yang melaluinya api (jahannam penderitaan) dipadamkan
Hazrat Muhammad (SAW), Amir al-Mukminin Ali Murtaza (as), dan Hazrat Zahra (as) serta anak-anaknya ialah Imam Hasan dan Imam Hussain (as).
lima warisan; Ia datang dalam bentuk manusia, mereka adalah puncak ilmu dan makhluk
Tingkah laku dan tindakan mereka bebas daripada kesilapan
Fikiran dan hati mereka sentiasa suci dan tidak bersalah
Nabi Muhammad (SAW) adalah utusan Allah
Hazrat Fatimah Azhara (as) adalah tuan wanita di dunia
Selepas itu, tuan kami, Amir al-Mukminin Ali (as)
bahawa Allah telah memuliakan wajahnya
Dan anak-anak kesayangannya ialah Imam Hasan dan Imam Hussain (as).
berjaga jagalah! Sedar dan jangan lupa!
Wasiat yang besar, yang merupakan warisan Rasulullah (SAW)
KehendakNya adalah dua perkara yang mesti kita pegang
Mereka termasuk; Al-Quran dan Ahlul-Bayt maksum dan suci, salam sejahtera ke atas mereka (as).

captcha